SILAT senibeladiri melayu


Silat Seni Beladiri Melayu



Pendahuluan


Silat, Apa itu silat?


Silat adalah salah satu seni beladiri yang terkenal diseluruh dunia. Ia setanding dengan seni beladiri seperti muay thai ,karate , wushu , silambam dan senibela diri yang lain. Silat juga dikatakan telah wujud berpuluh ribu tahun dahulu di tanah melayu dan nusantara. Mengikut pandangan guru-guru tua, Silat berasal daripada kata ilat, elat, elak, silap dan kilas. Saya juga berpendapat yang mengatakan bahawa asal nama silat itu adalah daripada ungkapan ‘si elat’, yakni menggambarkan pengamal seni beladiri Melayu sebagai pakar mengelat dalam mengelak serangan dan mengaburi mata lawan.

Disini saya dapat mencari beberapa artikel dan maklumat mengenai sejarah asal-usul Silat.Terdapat pelbagai versi dan maklumat mengenai silat dan maklumat itu saya paparkan kepada anda.Walaupun setiap maklumat dan mengolahan itu berbeza tetapi matlamatnya tetap sama iaitu pertahanan dan membeladiri dari segi zahir dan batin dari serangan musuh yang nampak dan tidak nampak.




< Klik to Enter >