Sejarah Silat
( Versi 1 )
Wacana Silat Melayu
Kontribusi Dari Thomi
Thursday, 12 February 2009
Pemutakhiran Terakhir Thursday, 12 February 2009
Silat, silap dan silau merupakan suatu ungkapan yang acap kali dituturkan oleh golongan elit alam seni warisan budaya Melayu ini. Pelbagai versi silat seantero Asia Tenggara khususnya yang merangkumi kepulauan Melayu pada zaman kegemilangan Melayu 500 tahun lampau mengangkat darjat manusia itu dengan kepandaian seni tari silatnya. Silat itu langkah, silap itu selebatnya manakala silau pula buahnya atau pun pelengkapnya. Rumpun Melayu menyebarkan
sayap kepahlawanan secara lebih autokratik pada 500 tahun lampau kerana kebanggaan mereka terhadap ilmu perang ini. Bahasa Melayu yang menjadi ‘lingua franca” merupakan bahasa pertuturan utama ketika itu. Perkembangan bahasa Melayu secara tidak langsung membawa kepada pembangunan sosio ekonomi penduduk Melayu di Melaka ketika itu. Ini mengakibatkan penghijrahan berlaku dan seterusnya proses perkembangan ilmu perang ini berleluasa sebagai suatu bentuk seni yang melambangkan keberanian, kekuatan dan kedaulatan kepada individu khususnya dan negara umumnya. Silat merupakan suatu seni mempertahankan diri yang juga kesenian keunggulan bangsa Melayu di rantau
Dalam soal mempertahankan diri, Islam telah menegaskan, berdasarkan firman Allah Taala dalam surah Al-Anfal ayat 60 yang bermaksud, “Dan bersiap sedialah untuk (menentang) mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dari (pasukan-pasukan) berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan (persediaan) itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya.” Umum disimpulkan bahawa seni mempertahankan diri merupakan suatu keperluan individu. Persoalannya kini ialah sama ada seni mempertahankan diri (Silat Melayu) mampu membina keperibadian individu.